Tuesday, April 8, 2008

Wakil Quraisy Kepada Abu Thalib R.A

Kami tertarik dengan kisah quraisy yang meminta Abu Talib menghentikan dakwah Nabi Muhammad dan ingin berkongsi kisah ini dengan saudara dan saudari sekalian...
Pertama sekali orang Quraisy yang belum memeluk agama islam berasa tidak senang hati, lalu mereka datang berjumpa dengan Abu Talib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, Lalu berkata"Anak saudara kamu ini menahina kami,ayah-ayah kami, datuk-datuk kami,bahkan menghina tuhan-tuhan kami. kami tidak dapat bersabar lagi, jangan kamu biarkan berlaku fitnah antara kita iaitu orang Quraisy dengan suku Abdul Muttalib dan hendaklah kamu menghalang dakwah itu dari terus berlaku". Pada masa itu, Abu Talib adalah ketua orang-oarang Mekah.

Abu Talib melihat suasana pada ketika itu boleh membawa kepada fitnah antara orang Quraisy dan suku kaum Abdul Muttalib, lalu beliau mengumpulkan semua suku kaum Abdul Muttalib dan memberi ucapan kepada Nabi Muhammad bin Abdullah"Whai Muhammad, kaum kamu mengadu berhubung tentang dakwah yang telah dijalankan oleh kamu, maka ini boleh membawa kepada peperangan antara suku kaum Abdul Muttalib dengan orang-orang Quraisy yang lain." lalu Nabi Muhammad S.A.W berkata kepada Abu Talib" Wahai bapa saudara ku demi tuhan kalau mereka meletakkan matahari disebelah kananku dan bulan di sebelah kirikusupaya aku meninggalkan dakwah ini, yakni perjuangan ini,nescaya aku tidak akan tinggalkan sehinggalah tuhan menangkan agama ini".

Apabila Abu Talib melihat Nabi Muhammad S.A.W berpendirian tegas atas nama perkauman suku kaum Abdul Muttalib,lalu beliau berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W "kalau begitu buatlah apa yang kamu mahu wahai Muhammad. Walau apa pun berlaku engkau tetap dalam pembelaan suku kaum Abdul Muttalib". Namun begitu, Nabi Muhammad mengambil peluang ini untuk menyampaikan dakwahnya ke semua tempat samada tempat orang ramai,bahkan sampai kepada suku-suku yang datang menunaikan haji.
Apabila seruan ajaran islam tersebar luas di Mekah,orang-orang Quraisy yang belum memeluk agama islam semakin tidak puas hati dan berasa tercabar dengan keadaan itu. Sejak itu, mereka mula menyusahkan Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa penentangan terhadap orang-orang islam dan suku kaum Abdul Muttalib, lalu mereka sekali lagi datang bertemu dengan Abu Talib dan mereka telah membawa tawaran yang agak pelik seperti membawa bersama seorang pemuda Quraisyyang terkenal dengan keturunan mulia,akhlak yang terpuji,kaya,tampan serta gagah. Lalu berkata kepada Abu Talib "Wahai Abu Talib, kami serahkan kepada kamu Imarah Bin Wlid,jadikanlah dia anak kamu dan binikanlah dia kepadakamu tetapi serahkan Nabi Muhammad itu kepada kami". Abu Talib sangat marah dengan tawaran ini,lalu berkats," kamu serahkan anak kamu untuk aku jaga dan kamu meminta aku serahkan anak aku untuk disembelih oleh kamu, minta maaf itu tidak mungkin berlaku